Saturday, August 13, 2011

SeLoKa MaRHaBaN:: DuHai RaMaDHaN



Dalam kebusanan meng"explore", tibe2 hati terpaut pada 1 seloka di website 
jdi terpikir nk kongsi bersama...



Sirna senja di mega Shaaban
Menyambut tetamu bulan Ramadhan
Berbuah tangan sejuta tawaran
Belas kasih Tuhan yang Rahman

Setiap amal diganda kurniaan
Setiap huruf berlipat balasan
Syaitan terbelenggu berkurang peranan
Tinggal nafsu menanti latihan

Hajat dan keinginan dikekang ditahan
Seperti haiwan dalam kurungan
Perlu dijinak dengan al-Quran
Bersama zikir hati dan lisan

Bersahur jangan diawal-awalkan
Berbuka pula jangan lewatkan
Beragama jangan melampaui suruhan
Atau dikurang dan ringan-ringankan

Bersedekah bertilawah tadabbur al-Furqan
Hiasan Ramadhan jangan abaikan
Hasut bermusuhan dibalas jangan
“Aku berpuasa” slogan kemenangan

Berjamu selera jimat-jimatkan
Makan sekadar menurut keperluan
Gaza kelaparan jangan dilupakan
Banjir Pakistan jangan disepikan

Qiyam Ramadhan jangan ketinggalan
Solat Fardhu paling diutamakan
Jaga telinga jaga penglihatan
Bersih diri, hati dan keimanan

Andai ini Ramadhan perpisahan
Pulanglah dengan sejuta keampunan
Buat yang terbaik jadikan keazaman
Bersama-sama kita doakan…


Ramadhan ini adalah bulan mengasah gergaji.Gergaji yang tumpul kerana terlalu banyak mengasah. ‘Pengasah’ juga perlu diasah untuk kebaikan bersama..  

No comments:

Post a Comment