Friday, April 01, 2011

YanG perTaMa

Ambillah langkah pertama dalam perjuangan, tak perlulah kita melihat seluruh tangga, sekadar mulakan langkah pertama, pasti selepas itu akan disusuli langkah kedua, tiga dan seterusnya. bila langkah pertama sudah diorak, pasti langkah kedua dan seterusnya bergerak dengan selesa...
Pepatah cina ada menyatakan "BERANI MEMULAI LANGKAH merupakan sebuah KEBERANIAN yang harus dimiliki, untuk mewujudkan suatu kehidupan yang lebih baik".  
Namun demikian, langkah pertama bukanlah merupakan sesuatu yang mudah, kadang juga menyulitkan. Langkah Pertama bagi banyak orang adalah SUKAR, PAYAH DILAKUKAN, PERLU KOMITMEN TINGGI, TIDAK TAHU CARANYA,….dan puluhan ungkapan lain yang mungkin  anda tahu sendiri. Saya sendiri mengalami berbagai hal-hal tersebut, sehingga kalau ada yang sukar dalam mengorak Langkah Pertama, bukanlah bermaksud orang tersebut MALAS atau TAK MAU BERTINDAK, kerana semua orang pasti akan ‘pernah’ mengalaminya ! 
Jadi bagaimana untuk berani...JUST DO IT...bila sudah mulakan, jangan khuatir akan rentetannya. kerana itu yang terbaik, ujian sebagai tarbiyah untuk hidup lebih baik..
just do it and let the rest be as flow as it can.
sekian salam

1 comment: