Tuesday, April 05, 2011

sAhaBat pErMAta Ku

Sahabat ibarat permata yang bernilai,beruntung sesiapa yang mempunyai sahabat yang dapat bersamanya ketika susah dan senang..
sahabat,jika senyumannya menceritakan ikhlas tangan dihulur,jika tawanya menandakan ia menerima kau seadanya,atau nyanyianya senantiasa menjadi titik-titik azimat didalam perjuangan hidupmu.mungkin adalah lebih tepat kalau amarahnya menandakan kerisauan yang sentiasa melindungi langkahmu.Apapun berbanggalah jika kau mempunyai sahabat.Hargailah sahabatmu, kerana mutiara itu letaknya didasar laut, bkn mudah mendapatkanya,andai kau dapat gemgamlah ia dengan erat,kerana diluar sana masih ada yang belum merasai apa itu persahabatan

Ya Allah…
Sahabat saya buah hati saya…!
Mesra kami penawar duka…!
Rindu kami menambah kasih sayang…!
Rajuk kami membuah ceria…!
Ya Allah…!
Silaturrahim kami ukhwah fillah…!
Bermusuh kami nauzubillah…
Berpisah mati innalillah…
pengubat hati doa rabitah…
Ya Allah…
Rahmati kami meniti usia..
Terpisah kami di alam nyata…
Temukan semula di taman syurga…
Semoga PERSAHABATAN hambamu akan berkekalan dunia & akhirat…Aminnn….

1 comment: