Saturday, March 10, 2012

sayang semua

masih kekal diingatan kenangan sepanjang perjalanan kita semua dalam mengejar impian.
perjalanan tiga tahun yang bakal menjelma tidak terasa..masih terakam diminta saat mula menjejakkan kaki ke sini. saat diri cuba mencari identiti diri tika berjauh dari keluarga. saat diri terpinga di tempat baru. kini semua bakal berakhir. sungguh aku tidak menyangka sebegini capat masa berlalu membawa pergi kenangan indah bersama kalian, insan-insan yang aku sayang selepas keluarga. sahabat-sahabat yang sama- sama belajar erti pertemuan tanpa mengharapkan perpisahan. pilu hati ini tak dapat digambarkan bila terkenang. kini masing-masing bakal membawa haluan sendiri, menuju impian yang dibina sedari kecil.

 demi perpisahan yang bakal dihadapi, disini saya nurul syahirah binti othman menyusun sepuluh jari memohon seribu kempunan, dari hujung rambut ke hujung kaki, atas kekhilafan diri, keterkasaran bahasa, gurauan melebihi had, tingkah yang menghuris perasaan. ketahuilah tidak pernah tersimpan kesumat, hanya sayang yang mengunung, walau mulut menutur rasa tidak puas hati, walau mimik muka mencetus rasa luka..namun bukan begitu maksud yang ingin dikata. tidak sesekali. aku yang tidak pandai mengawal diri, aku yang tidak pandai menghargai..


Teman..
Bertapa pilunya hati ini
Menghadapi perpisahan ini
Pahit manis perjuangan telah kita rasa bersama
Semoga Allah meredhai persahabatan dan perpisahan ini
Teruskan perjuangan
Kenanglah daku dalam doa kalian. 
Semoga persahabat kita kekal selamanya.


kenangan yang terbina sepanjang perkenalan kita, gelak tawa riang kita, kenakalan kita, susah payah kita, pergaduhan kita, akan menjadi kenangan yang amat bermakna dalam mengingati kalian. tak perlu alatan mahal untuk merakan semua kenangan itu, cukuplah ingatan kuat yang disulami kasih sayang demi semua kenangan. sungguh aku menyayangi kalian biar tidak aku pandai menunjuk bukti..




 


No comments:

Post a Comment